Katil berdiri untuk fisioterapi raih anugerah perdana inovasi kkm 2020

PUTRAJAYA: Hasil inovasi Hospital Tengku Anis, Kelantan melalui ‘Standing Bed for Physiotherapy Exercise’ bagi memudah cara pemulihan perubatan fisioterapi bagi kanak-kanak istimewa merangkul Anugerah Perdana Inovasi Kementerian Kesihatan (KKM) 2020.
Katil inovasi itu direka untuk menyokong pesakit kanak-kanak penghidap palsi serebral, spina bifida dan sindrom down yang memerlukan rawatan fisioterapi bagi melatih mereka untuk berdiri.
Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Hospital Tengku Anis Norfatanah Abdullah Sani berkata inisiatif menghasilkan inovasi itu bermula pada 2015 setelah melihat pelbagai kekangan dan ketidakselesaan kepada pesakit yang menerima rawatan fisioterapi menggunakan bola gim sebelum ini.
Katil berdiri untuk rawatan Psioterapi raih Anugerah Perdana Inovasi
Hasil inovasi Hospital Tengku Anis, Kelantan melalui ‘Standing Bed for Physiotherapy Exercise’ bagi memudah cara pemulihan perubatan psioterapi bagi kanak-kanak istimewa merangkul Anugerah Perdana Inovasi Kementerian Kesihatan (KKM) 2020.
Katil inovasi itu direka untuk menyokong pesakit kanak-kanak penghidap palsi serebral, spina bida dan sindrom down yang memerlukan rawatan sioterapi bagi melatih mereka untuk berdiri.
Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Hospital Tengku Anis Norfatanah Abdullah Sani berkata inisiatif menghasilkan inovasi itu bermula pada 2015 setelah melihat pelbagai kekangan dan ketidakselesaan kepada pesakit yang menerima rawatan sioterapi menggunakan bola gim sebelum ini.
“Setelah berbincang dengan empat anggota lain dalam pasukan kami, standing bed (katil berdiri) ini terhasil dan ia lebih mudah, rawatan dapat dilakukan dengan sistematik dan selamat. Masa rawatan dan tenaga juga dapat dijimatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan inovasi tersebut yang diadakan sempena sambutan Hari Inovasi KKM bertemakan ‘Budaya Inovasi Pemangkin Kecemerlangan’, di sini hari ini.
Menurut Norfatanah, setakat ini, 20 pembeli telah menggunakan kemudahan katil itu yang dijual pada harga kira-kira RM5,000 seunit dan pihaknya turut menerima maklum balas positif daripada pengguna.
Beliau berkata jerayawara akan dijalankan selepas ini bagi memperkenalkan produk inovasi itu kepada semua fasiliti kesihatan.
Pada majlis itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Inovasi 2020 kategori produk, perkhidmatan, proses dan teknologi dan Anugerah Khas Inovasi 2020.
Antara penerima anugerah ialah aplikasi MySejahtera yang dibangunkan pasukan Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Specimen Management Information System (SMIS) yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan.
Turut dilancarkan produk komersial ‘Hospital Smart Bed’, hasil inovasi Shamsul Kamal Mohamad Khair dari Hospital Selama, Perak bertujuan mewujudkan norma baharu budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik kes trauma dan kronik dengan mengutamakan 3K iaitu keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pesakit.
Terdahulu, Dr Adham ketika berucap pada majlis itu berkata KKM juga bekerjasama dengan beberapa agensi penyelidikan dan khidmat teknikal bagi menghasilkan inovasi peralatan terbaharu menerusi ‘Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan’.
Menerusi kolaborasi itu, tiga inovasi telah dihasilkan iaitu prototaip peranti perubatan ventilator menggunakan teknologi 3D, prototaip ‘Splitter Kit’ ventilator dan Unit Rawatan Rapi Hibrid di lapangan (FHyICU), katanya.
Dr Adham berkata sebagai pengiktirafan dalam bidang inovasi, Malaysia kini berada di tangga ke-33 dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2020 berbanding tangga ke-35 pada 2019 daripada 133 negara.
Di peringkat Asia Pasik pula, Malaysia berada pada kedudukan kelapan dalam indeks yang dikeluarkan INSEAD, Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO) yang juga agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Cornell University.
Katanya beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah dicalonkan sebagai ‘Executive Board’ untuk mewakili Western Pacic Region Oce dalam Persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021.
“Ini juga satu pengiktirafan dunia kepada KKM di atas sumbangan dan kejayaan kita dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pandemik COVID-19, Inovasi Kesihatan Digital, kesihatan mental dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD),” katanya.
KKM juga menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 dan Anugerah Inovasi Antarabangsa COVID-19 Edisi Khas Malaysia Technology Expo 2020. – BERNAMA
News source taken from Bernama
NST - Innovative SmartBED eases patient discomfort

Image Source: New Straits Times
PUTRAJAYA: After witnessing first-hand the difficulties faced by road accident victims when undergoing X-ray screening, a radiographer from a hospital in Perak alongside Medical Apparatus Supplies Sdn Bhd (MASSB) embarked on a strategic collaboration to design the SmartBED.
The SmartBED is a multi-purpose patient bed that is equipped with special features for trauma imaging.
Shamsul Kamal Mohamad Khair, 47, said he was inspired to design the SmartBED when he was working at Taiping Hospital in 2013.
"On numerous occasions, I had witnessed the difficulties faced by road accident victims who would complain of pain when they were being transferred from the stretcher to another bed for X-ray screening.
"Since that day, the initial design of the SmartBED has gone through improvements and changes for about 80 times to ensure that the medical equipment could help speed up matters and lessen the pain usually experienced among patients when transferring beds to undergo X-ray imaging," said Shamsul Kamal, who is currently attached with Selama Hospital.
In July 2017, MASSB signed a Commercialisation Agreement with the Health Ministry to develop and commercialise the SmartBED.
MASSB executive director Mohd Niza Md Azar said the two-year effort transformed the earlier prototype into a full-scale, commercialised unit that is ready to be marketed locally as well as globally as it is the only medical equipment in the world that is equipped with such unique features.
"SmartBED has been tested rigorously and put to use for one year in a government hospital to ensure it meets the standard and intended purpose.
"It is equipped with unique features that enable trauma patients to undergo imaging procedures without being transferred and moved compared with the existing procedure.
"Hence, it subsequently enhances the productivity of healthcare staff and ensures the wellbeing of trauma case patients," said Mohd Niza, adding that MAASB and Shamsul Kamal had filed for the joint Industrial Design and Technology Patent with MyIPO for SmartBED.
The SmartBED was launched by Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba during the ministry's Innovation Day recently.
Present were his deputy Dr Noor Azmi Ghazali, the ministry's secretary-general Datuk Mohd Shafiq Abdullah, Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, MASSB managing director Md Azar Ismail and its group general manager Nasharuddin Mohd Nasir.
"The development of the SmartBED is to create a new normal in the procedure of diagnostic trauma imaging, which prioritises 3K, namely Keselamatan (safety), Keselesaan (comfort) and Kesejahteraan Pesakit (the wellbeing of patients)," said Dr Adham.
At present, MASSB is the designer and the main distributor of the first locally made sharps waste containers and trocar disposable bins.
The environmentally friendly sharps waste container uses a high content of recycled plastic derived from Malaysian domestic plastic waste which are certified with the Sirim Eco-Label and Malaysia Green Technology & Climate Change Centre's MyHIJAU Mark.
The product is listed among the approved list of products for Government Green Procurement and eligible for green investments tax allowance.
The company, together with the Health Ministry, is also involved in the commercialisation, co-design and distribution of other high-impact innovative equipment, such as MyMAT (the first Malaysian Aedes mosquito autocidal trap), Stancewheel (equipment specially designed for wheelchair-bound dental patients) and Standing Bed (portable physiotherapy standing frame for children with physical disability who require physiotherapy treatment).
In fact, the Standing Bed, which was innovated by a team of physiotherapists from the Tengku Anis Hospital in Pasir Puteh, Kelantan, was the recipient of the Anugerah Perdana Inovasi 2020 at the Health Ministry's Innovation Day.
The Standing Bed is not only comfortable for patients but also for their caregivers since it is portable and user-friendly.
News Source: New Straits Times
Katil pintar hospital pertama di dunia ciptaan juru X-ray tempatan dilancarkan

ADHAM Baba mendengar penerangan daripada Shamsul Kamal Mohamad Khair (tiga kiri) ketika melihat pelancaran produk Inovasi Hospital Smart Bed pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2020 di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA: Selepas lapan tahun, idea inovasi seorang juru X-ray yang mencipta katil pintar hospital pertama di dunia bakal dikomersialkan di seluruh negara dalam masa terdekat.
Shamsul Kamal Mohamad Nasir malah bersyukur apabila usahanya mereka bentuk semula katil hospital mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sendiri.
“Saya mula cipta pada 2013 ketika kerja di Hospital Taiping, Perak namun diubah suai hampir 80 kali sebelum rekaan terakhir dimuktamadkan tahun lalu,” katanya terharu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran pengkomersialan produk diberi nama Smart Bed itu sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Acara tersebut dirasmikan Adham yang dalam ucapannya turut menyifatkan produk inovasi direka juru X-ray Hospital Selama di Perak itu akan mewujudkan norma baharu staf kesihatan.
Ini ujar beliau, akan meliputi budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik untuk kes trauma dan kronik dengan mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pesakit.
Mengulas lanjut, Shamsul Kamal mengakui terpaksa belajar melalui tutorial laman YouTube untuk kerja pengimpalan besi rangka dibuat di bengkel rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.
“Ideanya muncul apabila saya sering lihat mangsa nahas jalan raya yang parah mengadu sakit semasa dipindahkan dari pengusung ke katil selain ketika proses X-ray,” imbaunya. – UTUSAN ONLINE
News and images source taken from Utusan Malaysia
Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
PUTRAJAYA, 26 Mac 2021 – YB Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020 di Ibu Pejabat KKM, pagi ini.Sebanyak 44 projek untuk 4 kategori telah dipertandingkan di dalam Anugerah Inovasi KKM 2020 iaitu 20 projek bagi kategori produk, 8 projek bagi kategori proses, 8 projek bagi kategori perkhidmatan dan 8 projek bagi kategori teknologi.
Anugerah Perdana Inovasi KKM 2020 diberikan kepada projek Standing Bed for Physiotherapy Exercise oleh Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan. Inovasi ini direka untuk menyokong pesakit bagi rawatan posisi berdiri. Dihasilkan daripada besi stainless steel ringan, kukuh, tahan karat serta sesuai untuk pesakit berumur 10 bulan hingga 18 tahun dengan berat badan sehingga 40kg dan ketinggian sehingga 160cm, ianya mudah digerakkan, boleh dilipat, mudah dikendalikan dan mampu milik.
Majlis turut menyaksikan pelancaran pengkomersialan hasil inovasi produk Smart Bed. Smart BED merupakan satu produk inovasi dari Hospital Selama, Perak. Penciptaan Smart Bed adalah untuk mewujudkan norma baru budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik kes trauma dan kronik dengan mengutamakan 3K iaitu Keselamatan, Keselesaan dan Kesejahteraan Pesakit.
Antara penerima anugerah lain termasuk Projek Specimen Management Information System (SMIS) dari Institute of Medical Research (IMR) sebagai penerima Anugerah Khas Inovasi bagi tahun 2020. Aplikasi MySejahtera yang dibangunkan bagi mengenalpasti status risiko penyakit COVID-19 turut dianugerahkan sebagai Johan Kategori Teknologi.
Menteri Kesihatan dalam ucapannya berkata, beliau dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan telah dicalonkan sebagai Executive Board untuk mewakili Western Pacific Region Office dalam Persidangan WHO 2021. Ia merupakan pengiktirafan dunia kepada KKM di atas sumbangan dan kejayaan KKM dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pandemik COVID-19, Inovasi Kesihatan Digital, kesihatan mental dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).
Menyentuh mengenai inovasi, YBhg. Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian mengambil contoh Negara Jepun yang suatu ketika dahulu hancur kerana bom atom Hirshima dan Nagasaki, kini terus berkembang sebagai negara paling moden dan maju di Asia dan dunia serta mampu menyaingi negara-negara paling maju di Eropah dan Amerika. Antara inovasi yang dihasilkan oleh Jepun termasuk magnetic train, teknologi anti-gempa dan penciptaan robot yang berfungsi untuk menguruskan sebuah hotel di Henn Na Hotel, Tokyo membuktikan betapa pentingnya inovasi terhadap kemajuan negara.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Dr. Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1, YBhg. Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.







News and Images Source taken from Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Facebook Page