MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

PUTRAJAYA, 26 Mac 2021 – YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020 di Ibu Pejabat KKM, pagi ini.

Sebanyak 44 projek untuk 4 kategori telah dipertandingkan di dalam Anugerah Inovasi KKM 2020 iaitu 20 projek bagi kategori produk, 8 projek bagi kategori proses, 8 projek bagi kategori perkhidmatan dan 8 projek bagi kategori teknologi.

Anugerah Perdana Inovasi KKM 2020 diberikan kepada projek Standing Bed for Physiotherapy Exercise oleh Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan. Inovasi ini direka untuk menyokong pesakit bagi rawatan posisi berdiri. Dihasilkan daripada besi stainless steel ringan, kukuh, tahan karat serta sesuai untuk pesakit berumur 10 bulan hingga 18 tahun dengan berat badan sehingga 40kg dan ketinggian sehingga 160cm, ianya mudah digerakkan, boleh dilipat, mudah dikendalikan dan mampu milik.

Majlis turut menyaksikan pelancaran pengkomersialan hasil inovasi produk Smart Bed. Smart BED merupakan satu produk inovasi dari Hospital Selama, Perak. Penciptaan Smart Bed adalah untuk mewujudkan norma baru budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik kes trauma dan kronik dengan mengutamakan 3K iaitu Keselamatan, Keselesaan dan Kesejahteraan Pesakit.

Antara penerima anugerah lain termasuk Projek Specimen Management Information System (SMIS) dari Institute of Medical Research (IMR) sebagai penerima Anugerah Khas Inovasi bagi tahun 2020. Aplikasi MySejahtera yang dibangunkan bagi mengenalpasti status risiko penyakit COVID-19 turut dianugerahkan sebagai Johan Kategori Teknologi.

Menteri Kesihatan dalam ucapannya berkata, beliau dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan telah dicalonkan sebagai Executive Board untuk mewakili Western Pacific Region Office dalam Persidangan WHO 2021. Ia merupakan pengiktirafan dunia kepada KKM di atas sumbangan dan kejayaan KKM dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pandemik COVID-19, Inovasi Kesihatan Digital, kesihatan mental dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

Menyentuh mengenai inovasi, YBhg. Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian mengambil contoh Negara Jepun yang suatu ketika dahulu hancur kerana bom atom Hirshima dan Nagasaki, kini terus berkembang sebagai negara paling moden dan maju di Asia dan dunia serta mampu menyaingi negara-negara paling maju di Eropah dan Amerika. Antara inovasi yang dihasilkan oleh Jepun termasuk magnetic train, teknologi anti-gempa dan penciptaan robot yang berfungsi untuk menguruskan sebuah hotel di Henn Na Hotel, Tokyo membuktikan betapa pentingnya inovasi terhadap kemajuan negara.

Turut hadir, YB Dato’ Haji Dr. Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1, YBhg. Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Management structure

Learn more about our experienced and accomplished management team at MASSB.

Milestone

Discover the significant milestones that mark our progress and highlight our achievements along the way.