Katil pintar hospital pertama di dunia ciptaan juru X-ray tempatan dilancarkan

ADHAM Baba mendengar penerangan daripada Shamsul Kamal Mohamad Khair (tiga kiri) ketika melihat pelancaran produk Inovasi Hospital Smart Bed pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2020 di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Selepas lapan tahun, idea inovasi seorang juru X-ray yang mencipta katil pintar hospital pertama di dunia bakal dikomersialkan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Shamsul Kamal Mohamad Nasir malah bersyukur apabila usahanya mereka bentuk semula katil hospital mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sendiri.

“Saya mula cipta pada 2013 ketika kerja di Hospital Taiping, Perak namun diubah suai hampir 80 kali sebelum rekaan terakhir dimuktamadkan tahun lalu,” katanya terharu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran pengkomersialan produk diberi nama Smart Bed itu sempena sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Acara tersebut dirasmikan Adham yang dalam ucapannya turut menyifatkan produk inovasi direka juru X-ray Hospital Selama di Perak itu akan mewujudkan norma baharu staf kesihatan.

Ini ujar beliau, akan meliputi budaya prosedur kerja pengimejan diagnostik untuk kes trauma dan kronik dengan mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pesakit.

Mengulas lanjut, Shamsul Kamal mengakui terpaksa belajar melalui tutorial laman YouTube untuk kerja pengimpalan besi rangka dibuat di bengkel rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.

“Ideanya muncul apabila saya sering lihat mangsa nahas jalan raya yang parah mengadu sakit semasa dipindahkan dari pengusung ke katil selain ketika proses X-ray,” imbaunya. – UTUSAN ONLINE

Management structure

Learn more about our experienced and accomplished management team at MASSB.

Milestone

Discover the significant milestones that mark our progress and highlight our achievements along the way.